Penyebaran Mazhab Al-Hadis di Hijaz dan sebab keutamaannya
Ulama-ulama di zaman ini berpegang pada nas-nas dan asar sahabat, mereka tidak terkeluar daripadanya, dan mereka tidak berusaha untuk menggunakan pendapat (الرأى) kecuali jika ada keperluan sepunuhnya dan mereka ini adalah Ahli Hijaz.Ketua mereka ialah Sa’ed Bin Musaiyab. Jika ada keperluan untuk penggunaan akal, dia dan sahabat-sahabatnya iaitu Ahli Haramain Syarifuddin akan menetapkan kepada manusia melalui hadis dan fiqh. Mereka sangat menggunakan hadis dengan apa yang ada pada diri mereka iaitu dari asar sahabat kemudian menjaganya. Lalu dikumpulkan fatwa-fatwa Abu Bakar, Umar, Usman, dan segala hukum-hukum dari mereka serta fatwa-fatwa sebelum Khulafa’ dan Aisyah; serta Ibnu Abbas, Ibn Umar, Zaid Bin Tsabit, Abu Hurairah dan perkara-perkara yang dilakukan Ahlul Madinah. Mereka telah menjaga banyak perkara-perkara dan pendapat yang banyak berbanding dengan beramal dengan akal.
Ada tiga perkara yang mengembalikan Ahli Hijaz berdiri dengan nas-nas:
1. Mereka terpengaruh dengan cara guru-guru mereka seperti Abdullah Bin Umar, dan terikat dengan asar sahabat, dan mereka keberatan untuk berhukum dengan akal.
2. Ramai yang tidak memiliki apa yang ada dari asar, dan sedikit diantara mereka yang melihat perkara-perkara baru yang tidak ada pada zaman sahabat.
3. Apabila Ahli Hijaz yang mengembara(badwi) menghadapi masalah, mereka akan melihat kepada Kitab, kemudian Sunnah, kemudian asar sahabat. Apabila golongan berpendidikan mencari sesuatu hukum untuk sesuatu perkara (yang telah dikeluarkan), mereka akan mengguna pendapat mereka dan mungkin juga akan berhenti untuk berfatwa. Telah diriwayatkan bahwa seorang lelaki telah bertanya kepada Salim Bin Abdullah Bin Umar mengenai sesuatu. Maka dia(Umar) berkata: ‘Tidak pernah aku mendengar perkara ini.’ Kemudian lelaki itu berkata: ‘Maka khabarkanlah kepada aku apa yang telah dibenarkan Allah dengan pendapat engkau.’ Dia(Umar) berkata: ‘Tidak.’ Kemudian Umar mengulanginya dan berkata: ‘Senangkanlah aku dengan pendapatmu’ Salim berkata: ‘Aku? Mungkin jika aku mengkhabarkanmu dengan pendapatku kemudian kamu pergi dan selepas itu kamu menggunakannyadengan pendapat yang lain. Oleh itu aku tidak mahu berikan pendapat aku kepada kamu.’
Oleh yang demikian itu diketahui bahwa keutamaan yang telah mereka tinggalkan adalah persoalan-persoalan(hukum) yang belum ditetapkan. Karena mereka mengambil pendapat-pendapat yang meninggalkanya, dan mereka telah terbiasa dengan hanya menggunakan hadis-hadis dan asar-asar walaupun ia tidak masyhur.
Penyebaran Mazhab Ahli Ra’yi Di Iraq Dan Sebabnya Serta Keutamaannya
Di kawasan yang lain pula tidak kelihatan menggunakan pendapat mereka. Penodaan ini membawa mereka kepada kejumudan.Demikian Ahli Iraq yang ini diketuai Ibrahim Al-Nakha’iy.
Golongan dari ahli fuqaha ini berpendapat bahwa hukum-hukum syara’ boleh digunakan akal dengan makna, yang mempunyai kemaslahatan yang dituju kepada manusia. Dan sesungguhnya ia dibina dengan usul yang teliti. Atas sebab-sebab kepercayaan terhadap hukum itu, maka mereka membahaskan mengenai sebab-sebab tersebut yang telah disyariatkan hukum-hukum yang tertunda.Lalu mereka membawa bersama hukum yang ada dan yang tidak ada.Berkemungkinan mereka menolak sebagian hads-hadis yang bertentangannya atas sebab illah. Khususnya jika ada padanya penyanggahan seperti golongan yang pertama, maka mereka akan membahas dengan nas-nas yang lebih banyak dalam pembahasannya melalui sebab-sebab illah. Kecuali jika ketiadaan asar, maka mereka merujuk kepada pendapat di Iraq kepada tiga perkara:
1. Mereka terpengaruh dengan golongan dari guru yang pertama iaitu Abdullah Bin Mas’ud, dan dia dari pihak Umar pada pengambilan dari akal dan lalu dia berkata: ‘Sekiranya manusia bertindak sebagai orang yang membayar diyat, dan sekiranya Umar pencarinya dan pengumpulnya maka Umarlah yang akan bertindak sebagai orang yang membayar dan mengumpul diyat itu.
Murid-murid(di negara ini) telah terikat. Mereka memuliakan Ulqamah Bin Qais Al-Nakha’i guru kepada Ibrahim Al-Nakha’i dengan membawa panji dua pendapat, dan pengasas untuk pengikut mereka di negara ini.
2. Sesungguhnya mereka berpendapat bahwa Iraq jauh dari daerah yang banyak dengan para sahabat. Ahli Kufah dan Basrah telah menggunakan kaedah ketenteraan islamiah dan di antaranya dengan pembukaan daerah-daerah yang lain selain Khurasan sebagaimana yang telah diriwayatnya, serta banyak yang telah diturunkan oleh keduanya kepada ulama-ulama yang ada pada zaman sahabat. Di Kufah pula telah dijadikan markaz besar di zaman Khalifah Ali dari kalangan kabilah Ibn Mas’ud, Sa’ad Bin Abi Waqqas, Ammar Bin Yasir, Abu Musa Al-Asy’ari, Al-Mughirah Bin Syu’bah, Anas Bin Malik, Huzaifah Bin Yaman, Imran Bin Husain, dan banyak dari kalangan sahabat yang dari pihak Ali dan antara yang bersamanya seperti Ibn Abbas. Merekalah yang membawa hadis beserta riwayat-riwayatnya, dan mereka setuju sesama mereka dengan hadis-hadis lalu disebarkannya di tanah mereka.
Oleh karena mayoritas di Iraq itu adalah puak Syi’ah, silibus Khawarij, dan negara fitnah, maka terkumpullah dalamnya merendahkan dan pembohongan ke atas Rasul SAW.Lalu ulama-ulama telah menetapkan pensyariatan dengan pelbagai syarat-syarat untuk penerimaan hadis yang tidak boleh diterima melaikan sedikit.Maka sekiranya dikumpulkan ini kepada mereka, mereka puas dengan apa yang diberitahu mereka oleh pandangan-pandangan dari kalangan sahabat di Iraq mengenai sesuatu yang tidak ada pada mereka hadis-hadis yang boleh diharapkan melainkan hadis-hadis yang sangat sedikit. Maka cara alternatif hanyalah dengan menggunakan pendapat(الرأى).
3. Sesungguhnya masalah-masalah yang membutuhkan mereka mengenai pengetahuan hukum-hukum di Iraq lebih banyak daripada di Hijjaz, lihat dari segi cara kehidupan di Hijjaz berbanding di Iraq. Jika perkara ini tidak besar, tanggungan ke atas hadis-hadis yang dihasilkannya tidak membawa kepada pengamalan Al-Ra’yi.
Keutamaannya:
1. Banyak bagian di antara mereka berpecah walau ada yang berpatah balik(bersatu). Sebagian berkata: ‘Mundur’.
2. Tidak banyak hadis yang telah diriwayatkan mereka dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada mereka yang ada di dalam syarat-syarat tersebut. Mereka tidak ambil hadis tersebut melainkan sedikit.
Perbezaan semakin ketara antara dua golongan.Ia mengaibkan semua pihak dikalangan mereka dengan golongan yang lain. Apabila penduduk Hijjaz cenderung kepada pendapat-pendapat seperti Rabi’ah Bin Abdul Rahman guru kepada Imam Malik, maka ia dinamakan sebagai pendapat Rabi’ah. Namun, ada di antara penduduk Iraq yang tidak suka dengan penggunaan Al-Ra’yi dan menolaknya serta mengambil pandangan dari golongan Ahlul Hadis seperti Amir Bin Syarahil yang terkenal dengan perjuangan. Dia pernah berkata: ‘Apa yang telah ada pada kamu dengan sesuatu dari sahabat-sahabat Rasul SAW maka ambillah ia, dan apa yang ada pada akal mereka maka tetapkanlah untuk meninggalkannya’. Beginilah keadaan yang dibahagikan oleh jumhur imam yang tidak mahu dinamakan terkeluar atau terikat dengan Ahli Hadis dan Ahli Ra’yi.
Al-Waqi’ bukan dari kalangan Ahli Ra’yi yang mendahulukan pendapat sahabat yang sohih yang telah ditetapkan. Imam Syafie berkata: ‘Kebanyakkan orang-orang muslim jika mengambil sunnah Rasul SAW, mereka tidak mengambilnya dengan Qaul Ahad, dan jika ada sangkaan mengenai perbezaan mereka pada sunnah, maka mereka dimaafkan mengenainya. Bahwa sesungguhnya hadis itu tidak sampai pada mereka , atau telah sampai pada mereka tetapi tidak mempercayainya karena kelemahan pada perawi atau karena ada yang mencela perawi tersebut dan tidak melihat hadis itu kepada perawi yang lain, atau karena ia telah ditetapkan di sisi mereka, yang sama dengan yang telah diambil oleh orang-orang lain.’
Aku telah mengaturkan kepada kamu dua contoh daripada pembahasan mereka; Melalui penerangan dari pembahasan dengan contoh-contoh dari dua golongan dalam berijtihad, dan mengetahui bahwa semua bersepakat mengenai had sunnah sehingga mereka mempercayai perawinya.
1. Imam Malik mengeluarkan dari Muwatta’. Dari Rabi’ah, dia berkata: ‘Aku bertanya kepada Sa’id Bin Musaiyab, berapakah bilangan jari-jemari yang ada pada wanita?’ Sa’id menjawab: ‘Sepuluh unta’.Aku bertanya lagi: ‘Jika dua jari?’ Sa’id menjawab: ‘Dua puluh’. Aku bertanya lagi: ‘Jika tiga?’. Dia menjawab: ‘Tiga puluh’. Aku bertanya lagi: ‘Jika empat?’. Dia menjawab: ‘Dua puluh’. Aku berkata: ‘Telah ada luka yang besar, dan sangat teruk musibahnya pada wanita yang kurang akalnya’. Sa’id berkata kepadanya: ‘Adakah engkau penduduk Iraq?’ Rabi’ah berkata: ‘Alangkah bijaknya engkau meneka, atau engkau tidak mengetahui jawapannya.’ Maka Sa’id berkata: ‘Ia adalah sunnah.’ Kemudian Sa’id memberi fatwa dengan menunjukkan kepada wanita-wanita: Dari Amru Bin Syuaib dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi SAW berkata: (Akal wanita seperti akal lelaki sehingga ia diturunkan 1/3 daripada agamanya.). Maka dengan itu, akal yang empat dari jari-jari ada 1/3 adalah untuk membenarkan penyusunan dan jika selain itu untuk menyesuaikan dengan persoalan akal, oleh itu tidak mengapa jika penggunaan akal itu ada pada perundangan yang mempunyai nas di dalamnya. Dengan itu, kehinaan ke atas Rabi’ah yang mencelakaan kepada penduduk-penduduk Iraq yang sering menghukum dengan akal dalam nas-nas.
2. Bersepakat Abu Hanifah dan Al-Auza’i di Mekah. Al-Auza’I berkata: ‘Kenapa kalian tidak mengangkat tangan-tangan kalian ketika rukuk dan ketika bangun dari dirinya?’ Abu Hanifah berkata: ‘Karena sesungguhnya ia tidak ada yang sohih dari Rasul SAW mengenai perkara ini’. Al-Awza’i berkata: ‘Bagaimana jika kalian menceritakan kepada aku. Az-Zuhri dari Salim dari bapanya dari Rasul SAW: (Sesungguhnya dia (Rasul) mengangkat kedua tangannya ketika iftitah dari solat, ketika rukuk, dan ketika bangun).’ Kemudian Abu Hanifah berkata: ‘Hammad telah menceritakan kepada kami dari Ibrahim dari Alqamah dan dari Al-Aswad dari Ibnu Mas’ud: (Sesungguhnya Rasul SAW tidak mengangkat kedua tangannya kecuali ketika iftitah solat dan tidak ada lagi perkara-perkara selain itu).’ Maka Al-Awza’i berkata: ‘Adakah engkau diberitahu oleh Al-Zuhri dari Salim dan dari bapanya? Ceritakanlah kepada aku tentang Hammad Bin Ibrahim.’ Abu Hanifah berkata: ‘Sesungguhnya Hammad lebih faqih daripada Az-Zuhri, dan Ibrahim itu lebih faqih dari Salim, dan tidak ada Alqamah tanpa Ibnu Umar, walaupun Ibnu Umar itu lebih banyak berkebajikan dan padanya kemulian, dan Al-Aswad juga banyak berkebajikan, demikian hamba Allah itu hanyalah hamba Allah.’ Terdiamlah Al-Awza’i.
Lihatlah bagaimana kepercayaan itu berlaku pada semua dari kalangan mereka dalam periwayatan ahli penduduk negeri ini. Inilah natijah yang menceritakan tentang mereka;
Mereka sering bergaul sesama mereka dan mengerti akan hal-hal di antara mereka. Zaman ini telah berlalu, dan sunnahnya sudah hilang.Perkara sedemikian ini tidak berlaku pada zaman tadwin. Kemudian ia dimulakan oleh ulama tadwin pada zaman seterusnya. Zaman inilah muncul fatwa-fatwa yang masyhur, menyerlah, dan kemenangan yang kelihatan pada zaman tabiin dan sebagian dari zaman sahabat yang telah ditinggalkan oleh orang-orang besar dari kalangan mereka.
Antara mufti-mufti yang termasyhur pada zaman tersebut adalah: Sa’id Bin Al-Musaiyab, Qabisah Bin Zuaib, Nafi’ pembantu Ibnu Umar, Akramah pembantu Ibnu Abbas, Ato’ Ibn Abi Rabbah, Tawas Bin Kaisan, Al-Hasan Al-Basri, Muhammad Bin Sirin, Al-Aswad Bin Yusuf, Masruq Bin Al-A’raj, Ibrahim Al-Nakha’i, Alqamah Al-Nakha’I, Al-Syu’ba, Syuraih, Sa’id Bin Jubair, Makhul Al-Damsyiki, Abu Idris Al-Khaulani, dan mereka-mereka yang bertarjih sesama mereka.
(Pertama) Dari Ahlul Madinah
1- Sa’id Bin Musaiyab
Dia Abu Muhammad Sa’id Bin Musaiyab Bin Hazn Al-Qurasyi Al-Makhzumi Al-Madani.Bapa dan kakeknya sahabat nabi dan memeluk Islam ketika pembukaan Mekah.Dilahirkan dua tahun setelah zaman Khalifah Umar.Dia belum pernah merasakan masalah yang dihadapi ketika zaman Umar dan pemerintahannya.Dia seorang yang terpelihara daripada manusia sehingga dia mendengar hukum-hukumriwayat umar.Dia menghafal musnad dari hadis Abu Hurairah.Pernah menikahkan anak perempuannya.Riwayat dari Usman, Ali, Sa’id Bin Abi Waqqas; Dan selain mereka ialah dari para sahabat yang dikenali. Dengan arti kata lain, dia antara tabiin yang faqih, kuat beragama dan warak, sering beribadat, dan baik. Sehingga sebagian fuqaha ketika ingin berfatwa akan berjumpa dengan beliau ke Madinah. Ada yang berkata mengenainya: ‘Dia seorang yang berterus terang. Berterus terang dalam berfatwa dengan bekalan ilmunya dan hafalannya. Dia pernah menolak untuk dijadikan sultan.’Dia pernah dakwah ke Naif bersama 300,000 orang. Kemudian berkata: ‘Aku tidak berhajat untuk diriku dan juga untuk Bani Marwan.’ Abdul Malik Bin Marwan berpesan kepada anaknya untuk dinikahinya kepada anak Al-Walid dan dia menolak untuk dinikahkan.Kemudian dia diberikan dua dirham atau tiga dirham. Abdul Malik Bin Marwan telah biasa dengan cara muamalat pada zaman Al-Walid dan kemudian pada zaman Sulaiman. Dia menolak lalu berkata: ‘Rasul SAW melarang daripada dua bai’at, lalu dia memerintahnya dan memukul, dan berjanji dengannya di pasar-pasar Madinah. Kemudian ditampilkan pada pedang, dan menolak perkara yang dihitung itu dengan kesabaran.
Al-Jahiz berkata dalam suratnya di tempat perdagangan: ‘Adakah wujud di kalangan para tabiin yang lebih tahu daripada Sa’id Bin Musaiyab dan yang paling mulia? Sungguh dia itu adalah seorang perdagang yang berjual-beli. Dia berkata lagi: ‘Rasul SAW tidak tinggalkan, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali kecuali meninggalkannya apa yang pernah aku tahu tentangnya, dan manusia telah mengekspresikan gambaran dengan apa yang mereka tahu sejak keturunan Quraisy.’. Dia berfatwa dan sahabat bersedia.Dia memiliki ilmu yang dikhabarkan para jahiliah dan islam dengan kekusyukannya dan kekuatan berijtihadnya dan ibadahnya, menyuruh yang baik, menghormati kepada kalangan khulafa’, dan mendahulukan penduduk-penduduk Jabar.Dia naik haji ketika berumur 40 tahun dan tidak lepas dari saf pertama selama 50 tahun.Meninggal pada umur 94 tahun, zaman Khulafa Al-Walid. Dia mempunyai ciri-ciri fuqaha sunnah yang telah banyak meninggal pada masa tersebut. Sebagian perkara aneh olehnya, dia pernah berkata: ‘Sesungguhnya wanita yang telah ditalak tiga kali halal bagi lelaki yang mentalaknya dengan akad yang lain’.
2- Nafi’ Pembantu Abdullah Bin Umar Bin Al-Khattab
Dia Abu Abdullah Al-Madani.Dijadikannya sebagai pembantu kerana telah melakukan keburukan di Dailam.Keilmuannya, kerapiannya, dan mentaati suruhannya. Dari Abu Hurairah, Ummu Salamah dan selain mereka, pernah mengambil dari Soleh Bin Kaisan, Al-Zuhri, Al-Auza’I, Malik Bin Anas. Dia banyak mencipta sesuatu.Dia di antara fuqaha yang paling alim di Madinah, diceritakannya, Umar pernah sampai bersamanya ke Mesir untuk mengetahui keluarganya di Asnan.Dia salah satu silsilah rijal Al-Zahabiah.Abu Daud pernah berkata bahwa dia antara sanad-sanad yang paling benar. Daripada Malik dari Nafi’ dari Umar, Malik berkata: ‘Ketika aku mendengar dari Nafi’ menceritakan dari Ibnu Umar bahwa dia hanya mengambil perkara yang dia dengar tanpa mengambil yang lain.’ Ibnu Sa’ad berkata: ‘Sesungguhnya banyak hadis yang boleh dipercayai, kedudukannya besar, dan sama setaraf dengan Ibnu Umar.’ Nahik dengan katanya: ‘Sesungguhnya Allah ta’ala telah ketemukan kami dengan Nafi’.’ Kemudian dari Nafi’: ‘Abdullah Bin Ja’far Bin Umar telah memberi 12,000 dirham tetapi dia tolak untuk memerdekakan aku.’ Dia telah diberikan kebaikan yang terpelihara.Memiliki kepercayaan yang dia inginkan lalu dilakukannya.
Al-Halimi berkata: ‘Nafi’ sebagian daripada imam-imam tabiin di Madinah, Imam dalam ilmu yang disepakati yang sahih periwayatannya. Di antara mereka yang mendepankannya adalah Salim dan juga orang-orang yang dekat dengannya.Dia tidak dikenali sebagai orang yang buat kesilapan pada kebanyakan riwayatnya.Meninggal pada tahun 117H.
(Kedua) Dari Ahli Kufah
1- Alqamah Bin Qais Al-Nakha’i
Dia Alqamah Bin Qais Abdullah Bin Malik Al-Nakha’i.Orang kufah.Dilahirkan ketika zaman kehidupan Rasul SAW, Diriwayatkan dari Umar, Usman, Ali, Ibnu Mas’ud.Dikatakan bahwa Alqamah seorang perawi yang banyak periwayatan darinya. Abdullah Bin Mas’ud berkata: ‘Aku tidak membaca sesuatu dan tidak mengetahuinya kecuali Alqamah yang membaca dan mengetahuinya.’ Qabus Bin Abi Zibyan berkata: ‘Aku berkata kepada bapaku, siapakah yang engkau jemput di kalangan sahabat dan adakah engkau menjemput Alqamah?’ Dia Menjawab: ‘Aku mendapati bahwa manusia di kalangan sahabat Rasul SAW bertanya kepada Alqamah dan meminta fatwa darinya.’ Berkata pula Al-Zahabi: ‘Sesungguhnya dia seorang yang faqih, berkempimpinan, berkebolehan, merdu dalam bacaan Al-Quran, tetap dengan pendirian yang telah ditukil, sahabat yang baik dan warak, dan dia seperti Ibnu Mas’ud dalam memberi petunjuk, ketenangannya, keluhurannya, dan mempunyai kelebihan. Meninggal pada tahun 61H, sebagian berkata 62H.
2- Ibrahim Al-Nakha’i
Dia Ibrahim Bin Yazid Bin Qais Al-Nakha’i.Orang Kufah.Faqih.Diriwayatkan dari Masruq, Alqamah, Syuraih, dan yang lain-lain.Telah sepakat atas penghormatan kepadanya, dan bagus dalam ilmu fiqh.Dia guru kepada Humad Bin Sulaiman dan Abu Hanifah. Al-Syu’bi berkata: ‘Tidak ada satupun yang paling berilmu darinya.’ Sebagian berkata: ‘Bukan Al-Hasan atau Ibnu Sirin?’ Dia menjawab: ‘Bukan Al-Hasan mahupun Ibnu Sirin, dan bukan dari Ahli Basrah, bukan dari Ahli Kufah, bukan Ahli hijaz, dan bukan juga Ahli Syam.’ Telah diriwayatkan dari Al-A’masy dan berkata: ‘Sesungguhnya Al-Nakha’i pakar dalam hadis.’ Mazhab Ibrahim percahan dari Mazhab Hanafiah berkata bahwa dia telah meninggal dan disempbunyikan oleh Al-Hajjaj Bin Yusuf pada tahun 96H, ketika umurnya 49 tahun.
(Ketiga) Dari Ahli Basrah
Al-Hasan Al-Basri
Ibnu Abi Al-Hasan Yasar pembantu Zaid Bin Tsabit.Dilahrikan pada baki 2 tahun dari Khalifah Umar.Diriwayatan oleh kebanyakan sahabat dan tabiin.Dia seorang yang faqih lagi dipercayai, mempunyai kepimpinan berjemaah. Ibn Sa’ad berkata: ‘Seseungguhnya Al-Hassan tinggi keilmuannya, faqih lagi dipercayai, beriman dalam ibadah, fasih dan kacak.’ Berkata pula Anas Bin Malik: ‘Apabila Al-Hassan terlalai dari apa yang dia hafal dan kami juga terlupa, maka dia menetapkan dengan pendapatnya dan melaksanakan dengan kepandaiannya.’ Dikatakatan mengenainya: ‘Sekiranya jika Al-Hasan di kalangan sahabat Nabi SAW, dia boleh dikatakan yang paling matang kerana dia tidak berhujjah dengan pendapatnya.’ Hauriq berkata: ‘Abu Qotadah berkata kepada aku, “Guru ini menetapkan, kemudian dia ambil daripadanya.” ‘Demi Allah tidak pernah aku melihat seorang lelaki yang sama pendapatnya dengan Umar Bin Al-Khattab.’
Dia tidak berdepan dengan keadaan-keadaan politik yang berlaku setelah zamannya. Dia berkata: ‘Ketika suatu daerah Allah membersihkan pedang-pedang kami yang dilumuri darah, kami tidak melumurinya melainkan dengan lidah-lidah kami.’ Apabila Abi Ja’far Al-Baqir diingatkan, dia berkata: ‘Demikian kata-kata Al-Hasan pada zamannya seperti kalamnya para Nabi, dia yang paling berani di zamannya. Dia pernah bertemu Al-Hajjaj dengan kata-kata yang fasih, dan pandai bercerita, dikunjungi oleh tukang-tukang bercerita dan sahabat-sahabatnya. Dia diangkat oleh Ali Bin Artat govenor Basrah pada zaman Umar Bin Abdul Aziz, kemudian meminta maaf’ .
Kesimpulannya, Al-Hasan mempunyai ilmu dan agama yang besar, fasih dan berakhlaq.Al-Qadi Iyad menghitung bahwa sebagian pemimpin-pemimpin mazhab-mazhab sahabat diikat pada sanad. Kemudian dia berkata dalam kitab A’laamul Muwaqqiin: ‘Sebagian ulama mengumpulkan fatwanya dalam Sab’ah Asfari Dukhmah. Mereka serius dengan apa yang diterangkan mengenai ilmu-ilmu. Ini semua atas berkat dari penyusuan Ummu Salamah dan Ummul Mukminin r.ha.’Dia meninggal pada tahun 110H.Penduduk-penduduk Ahli Basrah membawa jenazahnya sehingga tidak ada yang tertinggal melainkan di masjid untuk menyolatkan pada waktu itu.
Loading...
0 Response to "PENYEBARAN MAZHAB ISLAM DAN KEUTAMAANYA"
Post a Comment